Monday, 23 February 2015

Karangan BM(Surat kepada PM)

Tajuk: Faktor-faktor yang menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelancongan yang menjadi pilihan pelancong asing



SMK Kurma Sedap,
Jalan Otak Hebat, 80085 Kuantan, 
Pahang, Malaysia.

21 Julai 2014

            Salam hormat saya tujukan kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai bapa transformasi.  Semoga Dato’ Seri sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat.  Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kerana telah berjaya mentadbir negara ini menjadi sebuah negara yang lebih membangun.  Saya sebagai warganegara Malaysia amat bangga mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa seperti Dato’ Seri.  Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk berkongsi serba sedikit tentang faktor-faktor yang menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelancongan yang menjadi pilihan pelancong asing.

Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan namanya tidak asing lagi dan sering kali bermain di bibir masyarakat dunia kini.  Malaysia kini terkenal dengan keindahannya, keunikannya serta kecantikannya.  Maka tidak hairanlah saban hari kita dapat melihat tempat-tempat yang menarik yang menjadi lokasi pelancongan yang dipaparkan melalui media elektronik dan media cetak.  Malaysia juga kaya dengan tumbuh-tumbuhan yang tidak terdapat di negara lain yang juga menjadi salah satu tarikannya.  Justeru, menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, negara kita semakin maju dalam bidang pelancongan dan ini boleh menyumbang kepada pendapatan negara.  Menurut beliau lagi, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi melonjakkan nama negara kita supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain.  Menurut statistik yang dikeluarkan, bilangan pelancong yang berkunjung ke negara kita semakin meningkat dari semasa ke semasa.  Selain itu, peratus pelancong ke negara kita yang meningkat sebanyak 10 peratus setiap tahun haruslah diberi perhatian lebih supaya angka kedatangan pelancong semakin meningkat.  Maka, apakah punca-punca yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancong asing?

            Malaysia sememangnya sebuah negara yang istimewa kerana mempunyai banyak kawasan pelancongan yang menarik.  Tambahan pula, negara Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang membawa kepada iklim yang panas dan lembap.  Di Malaysia, terdapat banyak pulau dan pantai yang cantik, kawasan tanah tinggi yang indah dan hutan simpan yang  luas.  Maka tidak hairanlah ramai pelancong memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan.  Di Malaysia, terdapat banyak pulau dan pantai yang cantik, kawasan tanah tinggi yang indah dan hutan simpan yang luas.  Apabila pelancong dari negara luar datang melancong di pantai dan pulau di Malaysia, mereka dapat menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan dengan menikmati suasana pantai di Malaysia yang amat berbeza berbanding dengan suasana di negara mereka.  Selain itu, di tanah tinggi seperti Cameron Highland, pelancong dapat menghirup udara segar dan mengunjungi ladang teh, strawberi, dan sayur-sayuran yang terdapat di sana.  Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.  Di Genting Highland pula, terdapat taman tema dan pusat beli-belah.  Mereka boleh membeli cenderahati untuk dibawa pulang.  Selain itu, mereka boleh menaiki kereta kabel yang disediakan bagi melihat keindahan flora dan fauna dari pandangan atas.  Justeru, kawasan seperti ini menjadi faktor dominan manarik pelancong dari dalam dan luar negara.  Malaysia mempunyai hutan simpan yang menarik untuk dilawati.  Tempat-tempat ini dapat menenangkan kita.  Contohnya, Taman Negara Endau-Rompin dan Gua Niah di Sarawak.  Pelancong yang datang boleh melawat keindahan flora dan fauna yang terdapat di situ.  Jelaslah, Malaysia memiliki banyak tempat yang menarik untuk dilawati yang menjadi faktor tarikan pelancong.
           
Di samping itu, faktor yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan dalam kalangan pelancong asing adalah kerana kemudahan infrastruktur dan perhubungan yang lengkap.  Infrastruktur ialah kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk keselesaan dan kemudahan pengguna.  Malaysia mempunyai banyak kemudahan asas yang lengkap. Maka tidak hairanlah pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan untuk dilawati.  Hal ini kerana pelancong yang datang ingin berkunjung ke beberapa lokasi pelancongan.  Oleh itu, pihak kerajaan harus memastikan kemudahan pengangkutan yang disediakan selamat untuk digunakan.  Malaysia juga banyak mempunyai kemudahan pengangkutan seperti bas awam dan teksi.  Tambahan pula, Malaysia juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan laut seperti bot dan feri.  Hal ini kerana pelancong yang melancong di Malaysia gemar bersantai di pulau dan pantai.  Maka, pihak kerajaan perlu memastikan kemudahan infrastruktur dan perhubungan sentiasa dijaga untuk memastikan keselamatan pengguna dijamin lalu menarik minat pelancong asing untuk melancong ke negara kita.  Oleh itu, kerajaan harus memastikan kemudahan pengangkutan yang disediakan selamat untuk digunakan. Selain itu, pengangkutan yang disediakan di Malaysia terdiri daripada pengangkutan darat, udara dan air yang lengkap menjadikan Malaysia sebuah negara yang menjadi tumpuan pelancong.  Sebagai contoh, kemudahan  seperti kereta api, bas dan teksi amat penting untuk memudahkan pelancong untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.  Di samping itu, pengangkutan udara seperti kapal terbang akan meningkatkan lagi peratus pelancong yang datang berkunjung ke Malaysia.  Maka pihak kerajaan dan rakyat perlulah bersama-sama memastikan keselamatan pelancong terjamin dengan menjaga kemudahan infrastruktur dan perhubungan dengan baik.  Justeru, infrastruktur dan perhubungan yang lengkap menjadi salah satu faktor Malaysia berjaya menarik minat para pelancong.
  Selain itu, adat dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia berjaya menarik minat pelancong asing untuk datang ke Malaysia.  Menurut Kamus Dewan, adat bermaksud peraturan yang diamalkan secara turun temurun di dalam masyarakat manakala budaya pula didefinisikan sebagai tamadun atau peradaban.  Di Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Terdapat juga kaum yang lain yang tinggal di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Bidayuh dan Melanau. Setiap kaum mempunyai adat dan budaya yang unik dan tersendiri.  Sebagai contoh, setiap kaum mempunyai perayaan mereka sendiri.  Namun begitu, masyarakat Malaysia akan meraikan perayaan-perayaan tersebut tanpa mengira bangsa dan warna kulit sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka.  Maka fenomena inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.  Pelancong asing yang datang ke Malaysia dapat mempelajari sesuatu yang baru.  Benarlah kata pepatah, di mana ada gula, di situ ada semut.  Maka, adat dan budaya merupakan salah satu faktor kedatangan pelancong ke Malaysia.

Konklusinya, terdapat banyak faktor yang menjadikan negara kita yang serba indah ini sebagai destinasi pelancongan yang terunggul di dunia.  Pada masa yang sama, sektor pelancongan merupakan penyumbang yang berpotensi tinggi dalam memberi sumbangan kepada ekonomi negara.  Walau bagaimanapun ,industri ini masih perlu diterokai lagi bagi memajukan industri pelancongan dan memantapkan lagi ekonomi negara kerana  “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.  Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan memainkan peranan yang sangat penting bagi memajukan lagi hal ini.  Kerjasama yang baik daripada semua anggota masyarakat pasti akan dapat menjayakan lagi perkara ini.  Semoga dengan kerjasama ini, sektor pelancongan di negara kita ini akan dapat dimajukan lagi dan seterusnya dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain di peringkat antarabangsa.



                        Yang benar,
Pariappa   

Tuesday, 10 February 2015

Penghargaan Template

Penghargaan

Tiada kata dan madah yang dapat mengambarkan rasa terhutang budi saya kepada insan-insan yang telah membantu saya dengan penghasilan buku skrap ini. Antara insan-insan ini adalah ibu bapa dan rakan-rakan sekelas dengan saya yang telah menolong saya mengumpul maklumat yang diperlukan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru (Subjek) kelas saya, (Kelas), (Nama Guru) yang telah memberikan pertolongan yang tidak terkira dalam penghasilan buku skrap ini.


This is the penghargaan I use for all my kerja kursus. Credits to my brother who must should have copied it off the internet like I always do XDD (I googled it but there were no similiar results.) 
Why can't he be lazy like everyone else so I won't feel so bad about my laziness.  =_=|||

Anyways, I'll be posting other kerja kursus templates soon so look forward to it.


Saturday, 7 February 2015

After SPM/O-Levels?

So you've just finished secondary school or high school and you're probably thinking now what?


"Relaxation and whatever I want right?"

BZZT! Wrong answer.

You've gotta start preparing early for your next step. Ideally, you should have already
  • decided whether you want to:
    (A) Go to University
    (B) Go for Pre-U
    (C) Aim for STPM(equivalent to GCE A-Levels)
    (D) Work
    (E) Take a year off studying and resume later
If you haven't, no problem, start now.
.
.
.
.
.

You done yet? No? It's okay, take your time.
.
.
.
.
.

You still can't decide? Wow. This is serious.

Let me give you a hand.
Here you go.


Why I have never been so offended! I am completely serious! 1000% serious!
If you don't believe me, just click on the picture then! HMPH!

Choices, Choices, Choices...


If you read my previous post, I asked you guys to decide what you wanna do after secondary school or high school.
  • If you didn't, here are the choices:
    (A) Go to University
    (B) Go for Pre-U or STPM(equivalent to GCE A-Levels)
    (C) Take a year off studying to go for job shadowing and free online courses

If you don't know what to choose, then take this short quiz and find out.

Spoilt for Choice

Here are the choices:
(A) Go to College/University
(B) Go for Form 6 for STPM(equivalent to GCE A-Levels)
(C) Take a year off studying to go work or for job shadowing, free online courses and the like.

  1. Can you afford to go to university or college?

  2. Yes.
    No.

  3. Did you do well in your SPM/O-Levels/SAT or its equivalents?

  4. ACED IT! (Mostly A's and a few B's)
    Meh. I did okay. (Mostly B's and a few A's with maybe one/two C's)
    Pretty bad. (Mostly C's or D's and a few failed subjects)

  5. Do you excel in any extra-curricular activities? (e.g. sports, etc etc)

  6. Yup.
    Nope.

  7. Does your dream job require a degree?

  8. Yeah.
    Nah.

  9. Do you know what you want to do in life?

  10. You betcha!
    Not one bit.

If your score is
0------------------------>(A)
What are you even doing here? Get your ass to uni.

1-4---------------------->(A)
Go to Uni.

5-8---------------------->(B)
Can't afford to go? Didn't do well in your SPM, O-Levels or etc etc? Or maybe you just want some time to think about what you wanna do? No problem, go become a Form Sixer! Especially if your country offers it for free like mine.

8 and above-------------->(C)
Take some time off and go for job shadowing or do some courses online to find your passion. If it's because you did really bad in your exams and you can afford it, go do your SAT's again after studying for it for a year.

Well, I hope this quiz helped you in one way or another and if it doesn't I sincerely apologise. Whatever it is you choose, it should be something you won't regret 20, 30 years down line.


Another alternative to decide would be...

  1. Take a deep breath.
  2. Put your finger on any one of the choices(A/B/C/D/E) above.
  3. Now move one choice down for each word in this rhyme...

    Inky Pinky Ponky,
    Father had a donkey, 
    Donkey died, 
    Father cried, 
    Inky Pinky Ponky.
  4. Voila! Look at the choice under your finger and you're all set.


In all seriousness, if you can afford it, just go to university.
So, what do you guys think about the quiz?

Friday, 6 February 2015

Total Recall


You know that feeling when after studying like mad for an exam, then end up drawing a blank during the actual exam? Yeah, that terrible sense of dread. Ugh. *shivers

Here are some of my declassified studying tips to make sure you can actually retain all or, at least, most of what you learn in class so you won't ever have to feel like that again.

Best Study Resources

1. ExamTime(Now GoConqr)


This popular site allows you to create and share your own mind maps, flashcards, notes and quizzes. I love it's user interface(UI) and it's vaudeville of features but the only downside is that it requires registration.

*** As of the 31st of March 2015, ExamTime has moved to GoConqr. ExamTime members can still access all their data on the GoConqr website. Click here to read my post on it.***

This site is great for students in general but especially great for Malaysian secondary school students since it's run by four Malaysian students from Pahang. This website is especially useful for people who like more visual note since they mainly post picture notes.

This site seems to be geared more towards college students than secondary school(middle school + high school) students. The main thing that I like about it is the literature notes since they have a titanic list of novels to choose from. The bad thing is that it can also be kind of distracting at times because almost every page displays SparkLife post which are non-studying reated posts.

For now this is all I've got but I'll add more if I happen to come across some good ones. 

What are some of your favourite studying sites? Share them in the comments below.

Sunday, 1 February 2015

Folio Sejarah Tingkatan 3

Folio Sejarah Tingkatan 3
(Tajuk: Kegiatan Ekonomi Tradisional)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kegiatan Ekonomi Tradisional



Nama:

Kelas:

Nama guru:



Folio Geografi Tingkatan 3

Folio Geografi Tingkatan 3
(Tajuk: Pengangkutan Awam)

New link

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengangkutan Awam
Di (Nama Tempat)

Nama:
Sekolah:
Kelas:
Guru:



Senarai Kandungan
Bil
Kandungan
Muka surat
1.
Penghargaan

2.
Pendahuluan

3.
Objektif Kajian

4.
Kawasan Kajian

5.
Kaedah Kajian

6.
Dapatan Kajian

7.
Rumusan

8.
Lampiran

9.
Rujukan













Penghargaan
Tiada kata dan madah yang dapat mengambarkan rasa terhutang budi saya kepada insan-insan yang telah membantu saya dengan penghasilan buku skrap ini. Antara insan-insan ini adalah ibu bapa saya, (Nama Bapa) dan (Nama Ibu) dan rakan-rakan sekelas dengan saya yang telah menolong saya mengumpul maklumat yang diperlukan dan manjalankan aktiviti temu bual. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi kelas saya, (Nama Kelas), (Nama Guru) yang telah memberikan pertolongan yang tidak terkira dalam penghasilan buku skrap ini. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada pengetua (Nama Sekolah), (Nama Pengetua) kerana tanpa beliau penyiapan kerja khusus ini tidak mungkin sama sekali.


Pendahuluan
Tajuk yang telah saya pilih ialah “Pengangkutan Awam di Kawasan (Nama Tempat)”. Saya memilih tajuk tersebut kerana ia berhampiran dengan sekolah saya dan juga tempat tinggal saya. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis pengangkutan awam yan memberi kemudahan untuk penduduk setempat seperti bas dan teksi.  Tempoh kajian ialah selama 8 minggu.


Objektif Kajian
·         mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu (Nama Tempat)
·         menghuraikan dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian
·         mengetahui dengan lebih jelas kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian.
·         ingin mengenalpasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan kajian.
·         dapat masalah yang dihadapi di kawasan kajian saya dan mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasinya .
·         saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti jenis-jenis pengangkutan yang ada dan sebab-sebab ia dibina begitu juga di negara-negara lain. 


Kawasan Kajian
            Kajian ini dijalankan di (Nama Tempat) yang merupakan sebuah kawasan tanah pamah yang terletak di daerah (Nama Daerah). Kawasan ini terletak berdekatan dengan (Nama Tempat)  yang berada ke arah timurnya dan (Nama Tempat)  ke arah baratnya.
 Kawasan ini telah pesat membangun di mana di sini terdapat pusat membeli-belah dan kemudahan seperti pasaraya, kedai, pasar malam, hospital, klinik, farmasi dan lain-lain berbanding masa dahulu. Jalan-jalan raya juga telah banyak dibina untuk menghubungkan kawasan kajian dengan kawasan-kawasan sekitar dan kawasan-kawasan lain.
Kebanyakkan daripada penduduk (Nama Tempat)  menggunakan jalan raya untuk pergi ke tempat kerja, sekolah, pasaraya, klinik, hospital atau ke sesuatu destinasi . Pengangkutan awam yang boleh digunakan di (Nama Tempat)  ialah bas awam seperti Rapid (Nama Tempat)/Metro (Nama Tempat).


Peta Kawasan Kajian
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Google Map of Kawasan Kajian

Go to Google maps, search the name of the kawasan kajian or any landmarks in it and take a screen shot or print screen. Then, crop it in paint. It's really easy. Btw the dotted line is just to show you where the picture is supposed to be
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peta Kawasan Kajian (Nama Tempat) Sumber : Internet(Google maps)



Kaedah Kajian
Saya menggunakan kaedah kajian yang berikut :
a) Pemerhatian: Meninjau dan memerhati jenis pengangkutan yang terlibat.
b) Rujukan: Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti peta kawasan kajian iaitu (Nama Tempat) (Google maps), data-data mengenai jaringan pengangkutan di (Nama Tempat) (Google search) dan pelbagai maklumat yang lain.
c) Buku teks Geografi tingkatan 2 dan 3

Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Antaranya ialah:-
7.1 Kaedah Pemerhatian
              Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis-jenis sistem pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untu digunakan semasa membuat laporan kajian nanti. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian.
Pemerhaian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya (Nama Tempat) dari jam 3 petang hingga 4 petang dalam tempoh 5 hari .

7.2 Kaedah Temu Bual
              Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di restoran dan kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan orang ramai ,penghulu, orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.

7.3 Kaedah Rujukan
              Kaedah rujukan ialah dengan cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan maklumat yang terdapat dalam peta, atlas dan rujukan peta di perpustakaan awam. Bahan-bahan bacaan yang dibaca ialah buku teks, majalah, buku rujukan, akhbar, atlas dan jurnal. Orang sumber seperti saudara mara, sahabat, ibu bapa, sahabat ibu bapa dan jiranjiran yang berdekatan  juga digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan kajian. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan untuk kerja kursus. Rujukan daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci. 


Dapatan Kajian
              Sistem pengangkutan yang terdapat di Malaysia ada tiga jenis iaitu darat, air dan udara. Sistem pengangkutan amat penting kepada pembangunan sesebuah negara terutama untuk menghubungkan sesuatu tempat dengan tempat yang lain. Kawasan kajian saya iaitu di (Nama Tempat)  tidak ketinggalan dalam mengalami perkembangan dari segi sistem pengangkutan. Sistem pengangkutan utama yang terdapat di kawasan kajian saya ialah pengangkutan darat iaitu jalan raya. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian saya, jalan raya merupakan pengangkutan utama. Jalan raya utama di sini ialah (Nama Jalan) menghubungkan kawasan kajian dengan (Nama Tempat)  dan (Nama Tempat).  Jaringan jalan raya di (Nama Tempat) adalah padat. 

Pengangkutannya terbahagi kepada pengangkutan awam, persendirian dan barang seperti diterangkan dibawah:-
1. Pengangkutan awam
a) Bas Rapid (Nama Tempat)
b) Teksi
2. Pengangkutan persendirian
a) Motorsikal    b) Kereta     c) Basikal
3. Pengangkutan barang
a) Van             b) Lori
              Dari pemerhatian saya, penduduk sekitaran banyak menggunakan kereta ke tempat kerja dan pulang kerja dan tempoh paling sesak menggunakan (Nama Jalan) adalah pada waktu pagi dan petang kerana pada ini merupakan masa mula dan tamat sekolah.

8.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di (Nama Tempat)
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di (Nama Tempat)  ialah:

1. Bentuk muka bumi di (Nama Tempat) adalah rata dan luas. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, sebahagian besar bentuk muka bumi kawasan ini terdiri daripada tanah pamah yang luas dan rata. Keadaan muka bumi yang sedemikian memudahkan pihak kerajaan membina jalan raya.
2. Perkembangan ekonomi yang pesat di (Nama Tempat) menyebabkan pembinaan jalan raya diperluaskan. Terdapat juga Bas Rapid (Nama Tempat)  yang menghubungkan kebanyakan kawasan di daerah (Nama Daerah).
3. Perkembangan teknologi. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, banyak kilang didirikan dan pengangkutan amat diperlukan bagi menghubungkan rangkaian perniagaan masing-masing.
4. Kegiatan ekonomi. Penduduk (Nama Tempat) rata-ratanya bekerja dan memerlukan pengangkutan jalan raya ke tempat kerja yang banyak berpusat di pusat bandaraya (Nama Tempat) dan (Nama Tempat).

8.3 Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan
1. Sistem pengangkutan di (Nama Tempat) juga penting bagi membantu pergerakan penduduk dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

2. Perkembangan jaringan pengangkutan mengurangkan kesesakan lalu lintas di
kawasan (Nama Tempat)  ini dapat mengelakkan kesesakan. Di kawasan ini juga, kemudahan bas Rapid (Nama Tempat)  telah dapat melancarkan perjalanaan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

3.Jaringan pengangkutan di kawasan yang baik dapat memudah kan penduduk di
kawasan ini untuk bergerak. Jaringan pengangkutan yang baik dapat memendekkanmasa perjalanan.

4. Ia dapat memajukan lagi sektor pelancongan. Ketersampaian yang tinggi melalui jalan raya dapat menarik lebih ramai pelancong tidak kira pelancong domestik atau antarabangsa yang suka melawat tempat-tempat yang menarik seperti (Nama Tempat) dan (Nama Tempat).

5. Selain itu, jaringan sistem pengangkutan juga penting bagi mecapai matlamat ataupu sasaran negara. Dasar Pembangunan Negara(DPN), Kerajaan Malaysia bermatlamat membangunkan negara dengan jaringan pengangkutan yang baik. Dengan itu kerajaan telah menentukan corak dan jenis jaringan pengangkutan yang perlu dibina atau ditingkatkan . Peruntukan diberi untuk memajukan jaringan pengangkutan di kawasan yang dikehendaki termasuk kawasan kajian saya. Kerajaan telah menaikkan taraf jalan raya di kawasan kajian saya iaitu Jalan (Nama Tempat)  7 dan 5 dengan membaiki permukaan. Saya amat berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah membina jalan raya yang begitu baik dan mempertingkatkan sistem pengangkutan untuk keselesaan penduduk. 


8.4 Masalah Perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar di (Nama Tempat) , (Nama Daerah) , (Nama Negeri)
Perkembangan jaringan pengangkutan jalan raya di kawasan kajian telah mendatangkan beberapa masalah iaitu:-
a. Pencemaran udara
b. Pencemaran bunyi
c. Jangka masa lama
d. Kemalangan jalan raya
e. Tambang mahal

              Pencemaran juga berlaku akibat dairpada perkembangan jaringan jalan raya. Akibat daripada pertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan utama (Nama Tempat) di kawasan kajian telah menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi, air dan udara . Asap tebal yang mengandungi gas karbon dioksida dan plumbum serta bunyi bising daripada kenderaan seperti lori, bas dan motosikal telah menganggu penduduk di kawasan kajian terutama yang tinggal berdekatan dengan jalan raya.

a) Pencemaran Udara
              Pelepasan bahan pencemaran daripada kenderaan menyebabkan pencemaran udara di kawasan bandar. Udara tercemar mengandungi kandungan plumbum, karbon dioksida dan karbon monoksida. Gas ini boleh menyebabkan fenomena hujan asid. Debu dalam asap menjadi punca kejadian jerebu. Jerebu boleh kesihatan manusia terutamanya mereka yang menghadapi masalah pernafasan. Contohnya di (Nama Tempat) di mana terdapat banyak kilang yang menyebabkan kualiti udara di sana merosot.

b) Pencemaran Bunyi
              Pencemaran bunyi juga merupakan satu kesan negatif yang disebabkan oleh
perkembangan pengangkutan. Punca pencemaran bunyi yang utama ialah daripada motorsikal, kereta, lori dan sebagainya. Contoh pencemaran bunyi di (Nama Tempat)  adalah di jalan yang sesak seperti jalan di hadapan (Nama Tempat).

c) Jangka masa lama
              Selain itu , masalah yang dihadapi ialah jangka masa lama . Bas Rapid (Nama Tempat)  selalunya tidak menepati masa kerana sering lewat untuk sampai pada perhentian bas seterusnya . Perjalanan bas sekolah pula mengambil masa yang lama . Oleh itu , pemandu bas sekolah terpaksa mengambil  pelajar seawal yang mungkin untuk mengelakkan kelewatan.

d) Kemalangan Jalan Raya
              Keadaan jalan raya yang bertar, lebar dan permukaan yang tidak berlubang menyebabkan pemandu membawa kenderaan mereka dengan laju. Ini menambahkan lagi berlakunya kemalangan jalan raya seperti yang belaku di (Nama Tempat)  3 tahun yang lalu di mana berlakunya kemalangan di mana dua kereta telah berlanggar.

e) Tambang mahal
              Akibat daripada perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian kos bahan api meningkat dan ini menyebabkan kadar tambang  meningkat. Kadar tambang meningkat kerana semakin berkembang pengangkutan awam semakin meningkat pengunaan bahan api. Contohnya, harga tambang teksi yang makin hari makin meningkat.



8.5 Langkah-langkah Menyelesaikan Masalah
Langkah-langkah penyelesaian masalah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:-

Petrol Tanpa Plumbum
              Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Di Singapura, penggunaan petroleum tanpa plumbum juga telah lama dijalankan di samping langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaannya untuk menanam lebih banyak pokok-pokok. Pihak kerajaan Malaysia juga telah menjalankan kempen menggunakan petrol tanpa plumbum untuk mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Kerajaan Kanada juga telah menggalakkan pengguna jalan raya di negara mereka menggunakan petrol tanpa plumbum bagi tujuan yang sama.

Penhijauan Bandar
              Usaha menanam pokok - pokok boleh mengurangkan pencemaran udara. Pokok-pokok
ini boleh ditanam di sepanjang jalan raya supaya kandungan karbon diosida dalam udara dapat dikurangkan dan kandungan oksigen dapat ditingkatkan. Selain daripada mengurangkan pencemaran, ini juga dapat mencantikkan kawasan. Ini sudah dilakukan di kawasan (Nama Tempat).

Catalytic Conventer
              Penggunaan Catalytic Conventer dalam ekzos kereta boleh mengurangkan karbon monoksida yang dilepaskan oleh kereta. Alat ini dapat menukar karbon monoksida yang beracun kepada karbon dioksida. Masalah pencemaran udara boleh diatasi atau dikurangkan dengan menggalakkan pengguna jalan raya memasang alat catalytic converter pada ekzos kereta mereka. Saya amat bersyukur kerana langkah ini telah dapat mengurangkan masalah pencemaran udara di kawasan kajian saya dan negara saya dan seterusnya di seluruh dunia.

Penggunaan Kenderaan Berkuasa Elektrik
              Penggunaan kenderaan awam berkuasa elektrik seperti LRT, monorel, dan komuter dapat memelihara alam sekitar kerana ia mengurangkan masalah pencemaran udara dan bunyi. Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti yang dijalankan di Kuala Lumpur dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pencemaran bunyi.

Kempen
Kempen–kempen terhadap penggunaan petrol tanpa plumbum, Catalytic Conventer dan penggunaan kenderaan awam perlu dilancarkan berterusan untuk memberi pengetahuan kepada penduduk. Saya bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-langkah untuk mengatasi dari semasa ke semasa. Namun begitu, rakyat juga perlu berkerjasama dengan kerajaan supaya setiap program dan langkah yang dilancarkan mendapat kejayaan. Kesesakan lalu lintas di kawasan kajian boleh diatasi dengan mengamalkan kempen yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu kongsi kereta atau menggunakanpengangkutan awam seperti bas. Langkah ini boleh mengurangkan bilangan kenderaan terutamanya pada waktu puncak dan seterusnya pengguna boleh sampai ke destinasi masing-masing dengan cepat dan selamat.

Penguatkuasaan undang-undang
Tindakan undang-undang yang tegas perlu dilaksanakan. Contohnya mengenakan denda yang tinggi kepada pengguna yang memandu melebihi had yang dibenarkan. Tindakan seperti ini juga telah dilaksanakan di negara Singapura seperti membuat rondaan jalan raya sekerap mungkin dan denda yang tinggi kepada pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang jalan raya.
Saya rasa terharu dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana perihatin dengan masalah penduduk. Mudah-mudahan pengguna jalan raya dapat mengamalkan langkah-langkah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan demi kepentingan dan keselamatan bersama.



Rumusan
              Kajian yang telah dijalankan di (Nama Tempat) , (Nama Daerah) , (Nama Negeri) ini telah memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya dan rakan-rakan saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti jenis sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu jalan raya. Selain daripada itu saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi, Dasar Pembangunan Negara, perkembangan ekonomi dan lain-lain lagi. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas beberapa kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian dan juga negara bandingan Singapura seperti meningkatkan tahap ketersampaian, memendekkan masa perjalanan dan mobiliti penduduk. Saya juga dapat mengenalpasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian dan negara Singapura serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kesan negatif akibat daripada perkembangan jaringan pengangkutan tersebut.
              Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai penduduk di (Nama Tempat)  khasnya dan Malaysia amnya menggunakan jalan raya yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan kehidupan kita akibat daripada tindakan kita sendiri. Kita sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan di dalam negara yang aman merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem jalan raya yang baik.


Lampiran











Rujukan
BUKU TEKS : .
Buku teks tingkatan 2:
Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003, Buku
Teks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd.

Buku teks tingkatan 3:
Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

ORANG SUMBER:
-(Nama Bapa), (Umur), (Alamat).
-(Nama Ibu), (Umur), (Alamat).

LAMAN WEB :
- http://en.wikipedia.org/wiki/(Nama Tempat)


For private use only. Do not redistribute or use these notes for commercial purposes.