Folio Sejarah Tingkatan 3
(Tajuk: Kegiatan Ekonomi Tradisional)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kegiatan Ekonomi Tradisional
Penghargaan
Tiada kata dan madah yang dapat mengambarkan rasa terhutang budi saya
kepada insan-insan yang telah membantu saya dengan penghasilan buku skrap ini.
Antara insan-insan ini adalah ibu bapa dan rakan-rakan sekelas dengan saya yang
telah menolong saya mengumpul maklumat yang diperlukan. Selain itu, saya juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sejarah kelas saya, (Nama Kelas), (Nama Guru) yang telah
memberikan pertolongan yang tidak terkira dalam penghasilan buku skrap ini.
SENARAI KANDUNGAN
Bil
|
Kandungan
|
Muka surat
|
1.
|
Tajuk Kajian
| |
2.
|
Senarai Kandungan
| |
3.
|
Penghargaan
| |
4.
|
Objektif Kajian
| |
5.
|
Kaedah Kajian
| |
6.
|
Hasil Kajian
| |
7.
|
Rumusan
| |
8.
|
Lampiran
| |
9.
|
Rujukan
|
OBJEKTIF KAJIAN
Dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah ini, terdapat beberapa objektif
yang ingin saya capai. Di antara objektif tersebut adalah seperti untuk
mengetahui lebih mendalam lagi tentang kegiatan ekonomi tradisional di
Malaysia. Begitu juga, saya dapat mengetahui tentang kaedah penyediaan dan
pemasaran batik serta perkembangannya. Maklumat yang direkodkan membolehkan
saya mengenali kegiatan ekonomi tradisional tersebut dengan lebih mendalam
lagi.
Melalui kajian ini juga, saya mendapat pengetahuan dan pengalaman luas
tentang cara-cara membuat kajian ilmiah. Saya akan menggunakan kemahiran dan
kaedah yang dipelajari untuk melaksanakan sesuatu kajian ilmiahdengan tatacara
yang betul, jelas dan tepat.
Saya akan melalui sendiri pengalaman mencari, mengumpul fakta, merekod,
menganalisis dan mensintesis maklumat dari pelbagai sumber yang sahih seperti
buku ilmiah, akhbar, majalah, internet dan lain-lain lagi berkaitan dengan
kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia.
Kajian ini juga secara tidak langsung akan dapat memupuk perasaan bangga
menjadi rakyat Malaysia kerana negara ini mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi
tradisional yang menjadi warisan dan identiti masyarakat Malaysia. Saya dapat
mengetahui dengan lebih mendalam tentang keunikan ekonomi tradisional tersebut.
Usaha perlu terus digembeling untuk mengekalkannya agar generasi akan datang
berpeluang mewarisinya.
Melalui kajian ini juga saya dapat menanamkan sikap sabar, bekerjasama
dan bertoleransi ketika proses mengumpul dan mendapatkan maklumat yang
diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Tugasan akan menjadi lebih mudah apabila ianya dilaksanakan secara
berkumpulan dan mendapat bantuan daripada semua pihak terutamanya guru, ibu
bapa dan rakan-rakan.
KAEDAH KAJIAN
Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan
melaksanakan Kerja Kursus Sejarah (Tahun) . Maklumat adalah
seperti di bawah:-
1.
Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk
beberapa buku di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.
2.
Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi
mengetahui perkara berkaiatan dengan tajuk kajian dengan lebih mendalam .
3.
Kaedah Melawat Tempat Kajian telah saya praktikkan
bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini.
Saya melawat tempat kajian pada (Tarikh) pada pukul 4.00 petang di Batik Village.
4.
Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian
pada akhbar dan majalah.
5.
Saya juga telah membuat pemerhatian tentang kegiatan
ekonomi tradisional yang dilakukan dan mencari sumbangan kegiatan ekonomi
tradisional tersebut kepada individu, masyarakat dan negara.
HASIL KAJIAN
Maklumat
Asas
Saya telah memilih kegiatan pembuatan batik untuk
dijadikan sebagai bahan kajian kerja kursus sejarah Tingkatan 3 tahun pada
tahun ini. Kegiatan penghasilan kraf tangan merupakan satu kegiatan ekonomi
sara diri tradisional masyarakat Malaysia. Mereka memiliki kemahiran dan
kreativiti dalam membuat batik yang indah dan menarik.
Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah mengetahui
cara membuat batik. Dahulu, ubi kentang digunakan sebagai alat pengecap tetapi
kini kain batik diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula
diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910
lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang
bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis,
menulis, mewarna atau menitik. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik
banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Untuk kajian Kerja Kursus Sejarah ini, saya telah memilih
Batik Village yang beralamat (Alamat Tempat) untuk dijadikan sebagai tempat kajian saya. Tempat ini
mempunyai sejarah yang agak menarik walaupun hanya disedari oleh segelintir
pihak sahaja.
Batik Village adalah perniagaan Batik yang dibangunkan lebih daripada 20
tahun yang lalu oleh pemilik yang dinamakan Ghazali bin Che Omar. Ia terletak
di sepanjang (Nama Tempat), laluan menuju ke arah (Nama Tempat) dan seterusnya ke (Nama Tempat). Ini dikelilingi oleh butik-ladang seperti pagar akan
menyambut pelawat.
Pada asalnya, Natural Batik Village dikenali sebagai Ghazali Batik. Ia
bermula sebagai kepentingan pemilik. Pertama, Ghazali bertukar usaha seninya ke
dalam industri kecil kampung dan 10 tahun yang lalu, ke dalam industri
kecil-kecilan.
Pemilik, Ghazali, Terengganu yang dilahirkan melahirkan jenama batik
sendiri di (Nama Tempat) apabila dia mendapati terdapat lebih banyak peluang.
Selain daripada batik dan produk, butik ini juga menawarkan fesyen selesai yang
terdiri daripada baju kurung untuk memakai pantai. Ia juga menawarkan pelawat
untuk cuba tangan mereka di lukisan batik dan lawatan ke kawasan pengeluaran di
mana beratus-ratus batik setem boleh dilihat tergantung dari kayu perches lebih
2 dinding.
Kilang sendiri menduduki luas 86000 kaki persegi di Balok dan rumah-rumah
bukan sahaja kemudahan pembuatan tetapi juga Pantai Timur batik showroom
terbesar.
Secara umumnya batik adalah dianggap sebagai tekstil yang paling unggul
Indonesia. Batik perkataan berasal dari perkataan Indonesia yang menyebut
sebagai Ba-teek. Terdapat tanpa had corak batik seperti bunga, tumbuh-tumbuhan
berkembar, daun tunas, burung, rama-rama, ikan, serangga dan bentuk geometri.
Anda boleh membezakan batik dengan gemercik sifatnya atau urat yang muncul di
seluruh reka bentuk dan menyatukan warna dan komposisi.
Hari ini, trend adalah untuk menghiasi kain apa-apa cara artis membayangkan
untuk memohon reka bentuk oleh mana-mana kaedah, tradisional atau inovatif, dan
juga menyimpang daripada prosedur standard. Batik hari ini digunakan untuk
pakaian, hiasan, hiasan, dan ukiran relief disumbat. Ia tidak lagi dianggap
sebagai seni "tulen" tetapi satu yang boleh digabungkan dengan media
dan kaedah lain. Daya penggerak untuk artis adalah untuk memohon teknik untuk
akhir yang diingini, dan bukannya membenarkan teknik untuk mengawal artis
sebagai akhir di dalamnya.
Latar Belakang
Terdapat banyak sebab kegiatan ekonomi seperti ini
dijalankan. Walau bagaimanapun, antara tujuan yang telah saya pertengahkan
dengan persetujuan daripada rakan-rakan sekumpulan saya berdasarkan maklumat
yang telah dicari, dikumpul dan diberikan oleh orang sumber, perniagaan batik
ini dapat memenuhi kehendak
dan kemahuan penduduk Malaysia. Kehendak penduduk
Malaysia sememangnya tidak terhad dan semakin menambah dari masa ke semasa
serta sukar untuk dipuaskan. Oleh itu, perniagaan batik ini dapat memenuhi
sebahagian daripada kehendak mereka agar mereka dapat hidup dengan lebih mewah.
Tambahan lagi,
perniagaan batik ini dijalankan bagi mengekalkan warisan budaya masyarakat
Melayu. Warisan budaya masyarkat Melayu semakin hari semakin pupus dari muka
bumi Malaysia ini disebabkan ideologi di mana tradisi dikaitkan dengan kolot.
Namun perkara ini tidak berlaku pada seni batik disebabkan oleh kepelbagaian
corak dan warna yang menyebabkan ia senantiasa kontemparari. Batik Village ini
juga merupakan satu lambang kreativiti dan keaslian rakyat. Di samping itu,
perniagaan batik tersebut dapat dijadikan sebagai suatu sumber pendapatan
kepada pekerja-pekerja yang terbabit. Dengan adanya sumber pendapatan,
pekerja-pekerja tersebut dapat menggunakan wang hasil titik peluh mereka untuk
menyara keluarga mereka. Dengan ini, taraf individu dan keluarga mereka dapat
ditingkatkan serta memajukan negara dengan adanya penurunan kadar kemiskinan.
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas.
Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai
contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik.
Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain
dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar,
sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Harga batik
juga boleh berbeza besar. Ada yang berharga ratusan hinga ke ribuan ringgit.
Namun, ada batik yang boleh dibeli dengan harga yang murah tetapi kekal
menarik. Batik juga digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang
menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara
masing-masing.
Proses penghasilan batik ini adalah tidak sebegitu rumit
sepertimana yang disangkakan oleh sesetengah pihak. Anatar peralatan yang
diperlukan untuk menghasilkan batik ialah blok penerap, campuran lilin, kain,
pencelup dan sebuah meja. Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang
sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan
dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk
kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan
diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda.
Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini
kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan
digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Terdapat pelbagai jenis batik yang dapat dihasilkan
melalui cara-cara yang berbeza. Antaranya termasuklah kain blok. Untuk
menghasilkan kain blok, kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang
menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses
ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah
selesai. Blok ini telah dicelupkan terlebih dahulu dengan pewarna sebelum
ditekapkan di atas kain tersebut.
Dalam penghasilan batik conteng pula, alat canting
digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.
Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak
dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena
lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di
lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna
putih sebagai benteng.
Batik skrin juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan
dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan
warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat
daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih,
proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan
sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan
untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk
satu warna sahaja.
Proses penghasilan kain batik secara kebiasaannaya
dilakukan di sebuah bengkel yang agak besar kerana terpaksa dimuatkan dengan
kain batik yang belum, dalam proses dan telah siap serta pelbagai jenis
barang-barang yang digunakan. Terdapat tempat khas di mana kain batik akan
dicop, dilukis, digantung dan banyak lagi. Satu tempat yang terdedah kepada
sinaran dan bahang matahari turut diperlukan bagi mengeringkan kain-kain batik
tertentu yang telah diwarnakan atau dicop.
Kos pengendalian perniagaan batik ini adalah tidak
menentu. Perkara ini bergantung kepada permintaan pelanggan.Sekiranya
permintaan pelanggan adalah tinggi, maka semakin rendahlah kos pengendalian perniagaan
tersebut. Sekiranya permintaan pelanggan adalah rendah, maka semakin tinggilah
kos pengendalian perniagaan tersebut. Berdasarkan orang sumber, permintaan
pelanggan dijangka menurun disebabkan pilihan raya ke-13 pada bulan Mei/Jun
ini.
Pendapatan adalah (kebiasaannya) RM 4,000 setiap bulan
tetapi juga bergantung kepada permintaan pelanggan. Perniagaan Batik RM ini
dipercayai selalu menghadapi masalah kewangan disebabkan sikap rakyat (Nama
Tempat) yang tidak begitu menghargai hasil batik asli di Batik Village ini.
Mereka lebih menggemarkan batik Kelantan atau Terengganu. Disebabkan itu,
perkembangan dan kemajuan perniagaan ini menjadi terbantut atau lambat untuk
mengembang. Kadang-kala juga, ia adalah dipercayai bahawa apabila permintaan
pelanggan menjadi rendah, pendapatan pekerja-pekerja di situ jatuh ke paras
yang lebih rendah daripada kebiasaannya.
Pada pendapat saya, mungkin Batik Village perlu mencari
inspirasi baharu untuk meningkatkan pasaran. Mereka boleh melakukan inovasi
seperti membuat cushion cover batik
untuk dipasarkan atau bekerjasama dengan interior
decorator di (Nama Tempat) untuk menggunakan hasil batik mereka sebagai
barang perhiasan.
Sumbangan/Pengaruh Kepada Keluarga Atau Masyarakat
Perniagaan batik telah membawa pelbagai kebaikan yang
berkualiti lagi bermanfaat kepada pelbagai pihak yang terbabit. Antaranya,
perniagaan batik dapat dijadikan sebagai suatu sumber pendapatan kepada
pekerja-pekerja yang terbabit. Dengan adanya sumber pendapatan, pekerja-pekerja
tersebut dapat menggunakan wang hasil titik peluh mereka untuk menyara keluarga
mereka. Dengan ini, taraf individu dan keluarganya dapat ditingkatkan serta
memajukan negara dengan adanya penurunan kadar kemiskinan serta kadar
pengangguran masyarakat Malaysia.
Selain itu, perniagaan Batik Village ini boleh memenuhi
kehendak, kemahuan dan permintaan penduduk Malaysia. Maklumlah bahawa kehendak
dan kemahuan rakyat Malaysia sememangnya tidak terhad dan semakin sukar untuk
dipuaskan. Oleh itu, perniagaan batik ini perlu memenuhi sebahagian daripada
kehendak mereka agar mereka dapat hidup dengan lebih mewah dan seronok.
Di samping itu, perniagaan batik tersebut berupaya
mengekalkan warisan budaya masyarakat Melayu. Sepertimana ramai telah tahu,
warisan budaya masyarkat Melayu semakin hari semakin pupus dari muka bumi
Malaysia ini disebabkan perkembangan dan kemajuan dunia sains dan teknologi
pada zaman globalisasi yang serba moden pada hari ini lebih-lebih dengan
perluasan ‘jajahan takluk’ muzik dan budaya Barat. Dengan adanya perniagaan
Batik Village ini, satu budaya masyarakat Melayu yang juga merupakan satu
lambang kreativiti dan keaslian rakyat sebegini akan terus dikekalkan agar
tidak hilang dari mata dunia ini.
Seterusnya, perniagaan batik ini juga mampu meluaskan
serta menawarkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat. Peluang
pekerjaan yang dimaksudkan boleh merangkumi pelbagai jenis daripada pengurus
hinggalah ke pekerja biasa. Dengan adanya perkembangan peluang pekerjaan, kadar
pengangguran negara juga dapat dikurangkan di kalangan rakyat dan memajukan
serta mengekalkan kesejahteraan negara Malaysia yang kian sedang membangun
daripada kemunduran yang sedang dialaminya.
Batik Village juga merupakan tumpuan pelancongan negeri (Nama
Tempat). Ramai pelancong terpesona dengan kecantikan batik. Mereka juga suka
melihat dan mencuba untuk mewarna batik tersendiri. Ini merupakan suatu tarikan
yang unik dan hanya terdapat dijumpai di Malaysia.
Prospek
Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh pengurus
dan pekerja yang terbabit untuk menghasilkan keaslian dan kesenian batik ini.
Antara cabaran atau kekangan yang telah dikemukakan oleh orang sumber adalah
kenaikan harga bahan mentah. Dengan peningkatan harga bahan mentah seperti
petroleum, rakyat Malaysia terpaksa membayar lebih untuk menjalani hidup
seperti sediakala. Untuk mengatasi masalah kewangan yang mungkin dihadapi oleh
segelintir daripada mereka, mereka telah memilih untuk berjimat cermat dan hanya
membeli barangan keperluan asas. Apabila pelanggan kurang membeli kain batik
yang diusahakan, semakin rugilah peniaga batik ini.
Selain itu, mereka terpaksa bersaing dengan batim tiruan.
Disebabkan harga batik tiruan yang lebih rendah, kebanyakan pelanggan akan
memilih untuk membeli batik tiruan ini dan kurang membeli batik asli yang
dijual di Batik Village. Masalah ini juga menyebabkan kepada penurunan
permintaan daripada pelanggan dan seterusnya menyebabkan kepada kerugian
peniaga itu.
Cabaran untuk pekerja sememangnya adalah menyeksakan.
Untuk menghasilkan corak batik yang sempurna, pekerja memerlukan semangat yang
kental untuk menahan keluhan yang dihadapi dan juga tenaga yang banyak kerana
mereka perlu berdiri dalam keadaan panas sepanjang hari untuk bekerja.
Penghasilan batik memerlukan kepada kesabaran yang tinggi dan ini bukanlah
sesuatu yang senang untuk dicari dalam kalangan masyarakat sekarang.
Sememangnya tidak ramai yang mahu mengusahakan batik ini dan ini menyebabkan
kesukaran mencari pekerja tetap. Oleh itu, pengurus terpaksa mengimport tenaga
pekerja dari negara lain khususnya Indonesia.
Berdasarkan orang sumber, perniagaan ini tidak menerima
apa-apa bantuan luar termasuklah agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Perniagaan
tersebut hanyalah dijalankan dengan modal sendiri dan sumbangan daripada orang
ramai.
Perniagaan Batik Vilage ini telah mendapat respons yang
agak bagus daripada orang ramai. Walau bagaimanapun, orang sumber telah
mengemukakan perasaannya yang tidak tahan akan
kereneh sesetengah pelanggan yang sentiasa meminta untuk dimurahkan
harga kain batik yang dihasilkan.
Antara harapan yang telah disuarakan oleh orang sumber
adalah keinginannya untuk mengekalkan perniagaan batik itu agar warisan budaya
masyarakat Melayu dapat dikekalkan dan sumber pendapatannya tidak hilang.
Selain itu, dia juga berharap agar perniagaannya dapat dimajukan dan
diperkembangkan. Ini adalah supaya warisan budaya masyarakat Melayu dapat
dikukuhkan kedudukannya di (Nama Tempat) dan meningkatkan dan memajukan tarafnya
dan bisnes tersebut.
Saya juga telah mengemukakan beberapa harapan saya
sendiri. Salah satu daripadanya adalah supaya batik dapat dihasilkan dengan
bantuan teknologi moden seperti penggunaan mesin untuk mengecop dan merendam
kain serta penggunaan komputer agar hasil batik yang dibuat akan menjadi lebih
tepat, cantik dan menarik. Dengan itu, lebih ramai pelanggan akan datang
membeli hasil batik tersebut dan mengembangkan perniagaannya dan sumber
pendapatannya. Tambahan lagi, penggunaan teknologi moden dapat mempercepatkan
penghasilan batik dan seterusnya menjimatkan masa. Apabila masa telah
dijimatkan, lebih banyak batik yang dapat dihasilkan dalam jangka masa yang
pendek. Ini juga akan mengurangkan kos penghasilan batik.
Selain itu, saya juga berharap agar penduduk Malaysia
lebih menghargai batik kerana batik merupakan satu kegiatan ekonomi tradisional
yang menjadi lambang kreativiti, kesenian dan keaslian negara Malaysia ini.
Sememangnya, ramai pelancong asing melancong ke negara kita untuk mengetahui
tentang kegiatan penghasilan batik ini dan seterusnya dapat memajukan institusi
pelancongan Malaysia serta membuat negara ini menjadi negara yang terkenal di
mata dunia.
Rumusan
Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 bulan ini
memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan
saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan
kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah
berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam
sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
Melalui
pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada
kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah
daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan
bidang pertanian di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil
daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah
menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan
prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya
mampu menyumbang kepada kemajuan negara.
LAMPIRAN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Just overlay a picture of yourself onto a Batik Village photo
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Melawat Batik Village
Alat membuat batik
RUJUKAN
SOALAN: Kegiatan
ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa
Malaysia. Berikan pendapat anda.
Sejarah ekonomi
tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik kerana sejarah Malaysia
banyak dikaitkan dengan faktor penjajahan yang mencorakkan sistem ekonominya.
Sistem ekonomi sebelum kedatangan penjajah Inggeris ialah sistem ekonomi
tradisional. Kedatangan Inggeris banyak berdasarkan faktor mencari keuntungan
ekonomi untuk negara dibawa dan memakmurkan negara mereka.
Sistem ekonomi
semasa penjajahan Inggeris ialah dengan memperkenalkan penanaman tanaman baru
bagi menggantikan tanaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan
Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang bekerja di ladang
getah lombong telah menyebabkan kegiatan ekonomi terbahagi kepada dua iaitu
bercorak tradisional dan bersifat komersial. Kegiatan eknomi tradisonal seperti
penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya terus memberi
sumbangan walau dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula
dilaksanakan.
Dengan sistem
ekonomi yang dilaksanakan oleh Inggeris maka lahirlah masyarakat berbilang kaum
di negara kita pada masa itu. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa
tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masing-masing
menyumbang tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan saling berganding
bahu membangunkan negara dalam bidang ekonomi.
Menjelang akhir
abad ke 20, negara kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi. Ini
menyebabkan harga komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak
sawit, getah dan bijih timah terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem
ekonomi dunia tetapi rakyat negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan
dugaan .Ianya ialah hasil daripada semangat juang yang tinggi rakyat negara ini
terhadap usaha memajukan diri dan di pihak kerajaan pula ianya disebabkan oleh
komitmen membantu rakyat negara ini daripada cengkaman kemiskinan dan
kemunduran.
Warisan sejarah
yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini telah cuba diubah oleh pihak
kerajaan dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yang peka kepada
masalah dan isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan ekonomi
tradisonal kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan
pembaharuan.
Hasil kerjasama
dengan pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA, FELCRA , MARDI ,
Jabatan Perikanan, Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan beberapa
kementerian sedia bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan demi
kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai program, insentif dan inisiatif
dilakukan bagi menjana dan membantu para petani, pekebun, nelayan dan penternak
di negara ini bagi memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan
ini, kita dapat meningkatkan pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam
bidang ini yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan.
Kesimpulannya kita
wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana kegiatan ekonomi negara
ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan
kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika
terlibat dalam bidang pertanian.
No comments:
Post a Comment
Want to be notified when somebody replies you?
Check the "Notify me" box at the lower right hand corner. :D