Sunday 1 February 2015

Folio Geografi Tingkatan 3

Folio Geografi Tingkatan 3
(Tajuk: Pengangkutan Awam)

New link

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengangkutan Awam
Di (Nama Tempat)

Nama:
Sekolah:
Kelas:
Guru:



Senarai Kandungan
Bil
Kandungan
Muka surat
1.
Penghargaan

2.
Pendahuluan

3.
Objektif Kajian

4.
Kawasan Kajian

5.
Kaedah Kajian

6.
Dapatan Kajian

7.
Rumusan

8.
Lampiran

9.
Rujukan













Penghargaan
Tiada kata dan madah yang dapat mengambarkan rasa terhutang budi saya kepada insan-insan yang telah membantu saya dengan penghasilan buku skrap ini. Antara insan-insan ini adalah ibu bapa saya, (Nama Bapa) dan (Nama Ibu) dan rakan-rakan sekelas dengan saya yang telah menolong saya mengumpul maklumat yang diperlukan dan manjalankan aktiviti temu bual. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi kelas saya, (Nama Kelas), (Nama Guru) yang telah memberikan pertolongan yang tidak terkira dalam penghasilan buku skrap ini. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada pengetua (Nama Sekolah), (Nama Pengetua) kerana tanpa beliau penyiapan kerja khusus ini tidak mungkin sama sekali.


Pendahuluan
Tajuk yang telah saya pilih ialah “Pengangkutan Awam di Kawasan (Nama Tempat)”. Saya memilih tajuk tersebut kerana ia berhampiran dengan sekolah saya dan juga tempat tinggal saya. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis pengangkutan awam yan memberi kemudahan untuk penduduk setempat seperti bas dan teksi.  Tempoh kajian ialah selama 8 minggu.


Objektif Kajian
·         mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu (Nama Tempat)
·         menghuraikan dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian
·         mengetahui dengan lebih jelas kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian.
·         ingin mengenalpasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan kajian.
·         dapat masalah yang dihadapi di kawasan kajian saya dan mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasinya .
·         saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti jenis-jenis pengangkutan yang ada dan sebab-sebab ia dibina begitu juga di negara-negara lain. 


Kawasan Kajian
            Kajian ini dijalankan di (Nama Tempat) yang merupakan sebuah kawasan tanah pamah yang terletak di daerah (Nama Daerah). Kawasan ini terletak berdekatan dengan (Nama Tempat)  yang berada ke arah timurnya dan (Nama Tempat)  ke arah baratnya.
 Kawasan ini telah pesat membangun di mana di sini terdapat pusat membeli-belah dan kemudahan seperti pasaraya, kedai, pasar malam, hospital, klinik, farmasi dan lain-lain berbanding masa dahulu. Jalan-jalan raya juga telah banyak dibina untuk menghubungkan kawasan kajian dengan kawasan-kawasan sekitar dan kawasan-kawasan lain.
Kebanyakkan daripada penduduk (Nama Tempat)  menggunakan jalan raya untuk pergi ke tempat kerja, sekolah, pasaraya, klinik, hospital atau ke sesuatu destinasi . Pengangkutan awam yang boleh digunakan di (Nama Tempat)  ialah bas awam seperti Rapid (Nama Tempat)/Metro (Nama Tempat).


Peta Kawasan Kajian
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Google Map of Kawasan Kajian

Go to Google maps, search the name of the kawasan kajian or any landmarks in it and take a screen shot or print screen. Then, crop it in paint. It's really easy. Btw the dotted line is just to show you where the picture is supposed to be
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peta Kawasan Kajian (Nama Tempat) Sumber : Internet(Google maps)



Kaedah Kajian
Saya menggunakan kaedah kajian yang berikut :
a) Pemerhatian: Meninjau dan memerhati jenis pengangkutan yang terlibat.
b) Rujukan: Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti peta kawasan kajian iaitu (Nama Tempat) (Google maps), data-data mengenai jaringan pengangkutan di (Nama Tempat) (Google search) dan pelbagai maklumat yang lain.
c) Buku teks Geografi tingkatan 2 dan 3

Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Antaranya ialah:-
7.1 Kaedah Pemerhatian
              Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis-jenis sistem pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untu digunakan semasa membuat laporan kajian nanti. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian.
Pemerhaian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya (Nama Tempat) dari jam 3 petang hingga 4 petang dalam tempoh 5 hari .

7.2 Kaedah Temu Bual
              Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di restoran dan kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan orang ramai ,penghulu, orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.

7.3 Kaedah Rujukan
              Kaedah rujukan ialah dengan cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan maklumat yang terdapat dalam peta, atlas dan rujukan peta di perpustakaan awam. Bahan-bahan bacaan yang dibaca ialah buku teks, majalah, buku rujukan, akhbar, atlas dan jurnal. Orang sumber seperti saudara mara, sahabat, ibu bapa, sahabat ibu bapa dan jiranjiran yang berdekatan  juga digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan kajian. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan untuk kerja kursus. Rujukan daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci. 


Dapatan Kajian
              Sistem pengangkutan yang terdapat di Malaysia ada tiga jenis iaitu darat, air dan udara. Sistem pengangkutan amat penting kepada pembangunan sesebuah negara terutama untuk menghubungkan sesuatu tempat dengan tempat yang lain. Kawasan kajian saya iaitu di (Nama Tempat)  tidak ketinggalan dalam mengalami perkembangan dari segi sistem pengangkutan. Sistem pengangkutan utama yang terdapat di kawasan kajian saya ialah pengangkutan darat iaitu jalan raya. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian saya, jalan raya merupakan pengangkutan utama. Jalan raya utama di sini ialah (Nama Jalan) menghubungkan kawasan kajian dengan (Nama Tempat)  dan (Nama Tempat).  Jaringan jalan raya di (Nama Tempat) adalah padat. 

Pengangkutannya terbahagi kepada pengangkutan awam, persendirian dan barang seperti diterangkan dibawah:-
1. Pengangkutan awam
a) Bas Rapid (Nama Tempat)
b) Teksi
2. Pengangkutan persendirian
a) Motorsikal    b) Kereta     c) Basikal
3. Pengangkutan barang
a) Van             b) Lori
              Dari pemerhatian saya, penduduk sekitaran banyak menggunakan kereta ke tempat kerja dan pulang kerja dan tempoh paling sesak menggunakan (Nama Jalan) adalah pada waktu pagi dan petang kerana pada ini merupakan masa mula dan tamat sekolah.

8.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di (Nama Tempat)
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di (Nama Tempat)  ialah:

1. Bentuk muka bumi di (Nama Tempat) adalah rata dan luas. Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, sebahagian besar bentuk muka bumi kawasan ini terdiri daripada tanah pamah yang luas dan rata. Keadaan muka bumi yang sedemikian memudahkan pihak kerajaan membina jalan raya.
2. Perkembangan ekonomi yang pesat di (Nama Tempat) menyebabkan pembinaan jalan raya diperluaskan. Terdapat juga Bas Rapid (Nama Tempat)  yang menghubungkan kebanyakan kawasan di daerah (Nama Daerah).
3. Perkembangan teknologi. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, banyak kilang didirikan dan pengangkutan amat diperlukan bagi menghubungkan rangkaian perniagaan masing-masing.
4. Kegiatan ekonomi. Penduduk (Nama Tempat) rata-ratanya bekerja dan memerlukan pengangkutan jalan raya ke tempat kerja yang banyak berpusat di pusat bandaraya (Nama Tempat) dan (Nama Tempat).

8.3 Kepentingan Jaringan Sistem Pengangkutan
1. Sistem pengangkutan di (Nama Tempat) juga penting bagi membantu pergerakan penduduk dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

2. Perkembangan jaringan pengangkutan mengurangkan kesesakan lalu lintas di
kawasan (Nama Tempat)  ini dapat mengelakkan kesesakan. Di kawasan ini juga, kemudahan bas Rapid (Nama Tempat)  telah dapat melancarkan perjalanaan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

3.Jaringan pengangkutan di kawasan yang baik dapat memudah kan penduduk di
kawasan ini untuk bergerak. Jaringan pengangkutan yang baik dapat memendekkanmasa perjalanan.

4. Ia dapat memajukan lagi sektor pelancongan. Ketersampaian yang tinggi melalui jalan raya dapat menarik lebih ramai pelancong tidak kira pelancong domestik atau antarabangsa yang suka melawat tempat-tempat yang menarik seperti (Nama Tempat) dan (Nama Tempat).

5. Selain itu, jaringan sistem pengangkutan juga penting bagi mecapai matlamat ataupu sasaran negara. Dasar Pembangunan Negara(DPN), Kerajaan Malaysia bermatlamat membangunkan negara dengan jaringan pengangkutan yang baik. Dengan itu kerajaan telah menentukan corak dan jenis jaringan pengangkutan yang perlu dibina atau ditingkatkan . Peruntukan diberi untuk memajukan jaringan pengangkutan di kawasan yang dikehendaki termasuk kawasan kajian saya. Kerajaan telah menaikkan taraf jalan raya di kawasan kajian saya iaitu Jalan (Nama Tempat)  7 dan 5 dengan membaiki permukaan. Saya amat berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah membina jalan raya yang begitu baik dan mempertingkatkan sistem pengangkutan untuk keselesaan penduduk. 


8.4 Masalah Perkembangan Jaringan Sistem Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar di (Nama Tempat) , (Nama Daerah) , (Nama Negeri)
Perkembangan jaringan pengangkutan jalan raya di kawasan kajian telah mendatangkan beberapa masalah iaitu:-
a. Pencemaran udara
b. Pencemaran bunyi
c. Jangka masa lama
d. Kemalangan jalan raya
e. Tambang mahal

              Pencemaran juga berlaku akibat dairpada perkembangan jaringan jalan raya. Akibat daripada pertambahan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan utama (Nama Tempat) di kawasan kajian telah menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi, air dan udara . Asap tebal yang mengandungi gas karbon dioksida dan plumbum serta bunyi bising daripada kenderaan seperti lori, bas dan motosikal telah menganggu penduduk di kawasan kajian terutama yang tinggal berdekatan dengan jalan raya.

a) Pencemaran Udara
              Pelepasan bahan pencemaran daripada kenderaan menyebabkan pencemaran udara di kawasan bandar. Udara tercemar mengandungi kandungan plumbum, karbon dioksida dan karbon monoksida. Gas ini boleh menyebabkan fenomena hujan asid. Debu dalam asap menjadi punca kejadian jerebu. Jerebu boleh kesihatan manusia terutamanya mereka yang menghadapi masalah pernafasan. Contohnya di (Nama Tempat) di mana terdapat banyak kilang yang menyebabkan kualiti udara di sana merosot.

b) Pencemaran Bunyi
              Pencemaran bunyi juga merupakan satu kesan negatif yang disebabkan oleh
perkembangan pengangkutan. Punca pencemaran bunyi yang utama ialah daripada motorsikal, kereta, lori dan sebagainya. Contoh pencemaran bunyi di (Nama Tempat)  adalah di jalan yang sesak seperti jalan di hadapan (Nama Tempat).

c) Jangka masa lama
              Selain itu , masalah yang dihadapi ialah jangka masa lama . Bas Rapid (Nama Tempat)  selalunya tidak menepati masa kerana sering lewat untuk sampai pada perhentian bas seterusnya . Perjalanan bas sekolah pula mengambil masa yang lama . Oleh itu , pemandu bas sekolah terpaksa mengambil  pelajar seawal yang mungkin untuk mengelakkan kelewatan.

d) Kemalangan Jalan Raya
              Keadaan jalan raya yang bertar, lebar dan permukaan yang tidak berlubang menyebabkan pemandu membawa kenderaan mereka dengan laju. Ini menambahkan lagi berlakunya kemalangan jalan raya seperti yang belaku di (Nama Tempat)  3 tahun yang lalu di mana berlakunya kemalangan di mana dua kereta telah berlanggar.

e) Tambang mahal
              Akibat daripada perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian kos bahan api meningkat dan ini menyebabkan kadar tambang  meningkat. Kadar tambang meningkat kerana semakin berkembang pengangkutan awam semakin meningkat pengunaan bahan api. Contohnya, harga tambang teksi yang makin hari makin meningkat.



8.5 Langkah-langkah Menyelesaikan Masalah
Langkah-langkah penyelesaian masalah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:-

Petrol Tanpa Plumbum
              Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Di Singapura, penggunaan petroleum tanpa plumbum juga telah lama dijalankan di samping langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaannya untuk menanam lebih banyak pokok-pokok. Pihak kerajaan Malaysia juga telah menjalankan kempen menggunakan petrol tanpa plumbum untuk mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Kerajaan Kanada juga telah menggalakkan pengguna jalan raya di negara mereka menggunakan petrol tanpa plumbum bagi tujuan yang sama.

Penhijauan Bandar
              Usaha menanam pokok - pokok boleh mengurangkan pencemaran udara. Pokok-pokok
ini boleh ditanam di sepanjang jalan raya supaya kandungan karbon diosida dalam udara dapat dikurangkan dan kandungan oksigen dapat ditingkatkan. Selain daripada mengurangkan pencemaran, ini juga dapat mencantikkan kawasan. Ini sudah dilakukan di kawasan (Nama Tempat).

Catalytic Conventer
              Penggunaan Catalytic Conventer dalam ekzos kereta boleh mengurangkan karbon monoksida yang dilepaskan oleh kereta. Alat ini dapat menukar karbon monoksida yang beracun kepada karbon dioksida. Masalah pencemaran udara boleh diatasi atau dikurangkan dengan menggalakkan pengguna jalan raya memasang alat catalytic converter pada ekzos kereta mereka. Saya amat bersyukur kerana langkah ini telah dapat mengurangkan masalah pencemaran udara di kawasan kajian saya dan negara saya dan seterusnya di seluruh dunia.

Penggunaan Kenderaan Berkuasa Elektrik
              Penggunaan kenderaan awam berkuasa elektrik seperti LRT, monorel, dan komuter dapat memelihara alam sekitar kerana ia mengurangkan masalah pencemaran udara dan bunyi. Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik seperti yang dijalankan di Kuala Lumpur dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pencemaran bunyi.

Kempen
Kempen–kempen terhadap penggunaan petrol tanpa plumbum, Catalytic Conventer dan penggunaan kenderaan awam perlu dilancarkan berterusan untuk memberi pengetahuan kepada penduduk. Saya bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-langkah untuk mengatasi dari semasa ke semasa. Namun begitu, rakyat juga perlu berkerjasama dengan kerajaan supaya setiap program dan langkah yang dilancarkan mendapat kejayaan. Kesesakan lalu lintas di kawasan kajian boleh diatasi dengan mengamalkan kempen yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu kongsi kereta atau menggunakanpengangkutan awam seperti bas. Langkah ini boleh mengurangkan bilangan kenderaan terutamanya pada waktu puncak dan seterusnya pengguna boleh sampai ke destinasi masing-masing dengan cepat dan selamat.

Penguatkuasaan undang-undang
Tindakan undang-undang yang tegas perlu dilaksanakan. Contohnya mengenakan denda yang tinggi kepada pengguna yang memandu melebihi had yang dibenarkan. Tindakan seperti ini juga telah dilaksanakan di negara Singapura seperti membuat rondaan jalan raya sekerap mungkin dan denda yang tinggi kepada pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang jalan raya.
Saya rasa terharu dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana perihatin dengan masalah penduduk. Mudah-mudahan pengguna jalan raya dapat mengamalkan langkah-langkah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan demi kepentingan dan keselamatan bersama.



Rumusan
              Kajian yang telah dijalankan di (Nama Tempat) , (Nama Daerah) , (Nama Negeri) ini telah memberi pengalaman yang sangat berguna kepada saya dan rakan-rakan saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti jenis sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu jalan raya. Selain daripada itu saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi, Dasar Pembangunan Negara, perkembangan ekonomi dan lain-lain lagi. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas beberapa kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian dan juga negara bandingan Singapura seperti meningkatkan tahap ketersampaian, memendekkan masa perjalanan dan mobiliti penduduk. Saya juga dapat mengenalpasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian dan negara Singapura serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kesan negatif akibat daripada perkembangan jaringan pengangkutan tersebut.
              Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai penduduk di (Nama Tempat)  khasnya dan Malaysia amnya menggunakan jalan raya yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan kehidupan kita akibat daripada tindakan kita sendiri. Kita sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan di dalam negara yang aman merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem jalan raya yang baik.


Lampiran











Rujukan
BUKU TEKS : .
Buku teks tingkatan 2:
Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003, Buku
Teks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd.

Buku teks tingkatan 3:
Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

ORANG SUMBER:
-(Nama Bapa), (Umur), (Alamat).
-(Nama Ibu), (Umur), (Alamat).

LAMAN WEB :
- http://en.wikipedia.org/wiki/(Nama Tempat)


For private use only. Do not redistribute or use these notes for commercial purposes. 

No comments:

Post a Comment

Want to be notified when somebody replies you?
Check the "Notify me" box at the lower right hand corner. :D